Monday, August 18, 2008

UiTM Di Hatiku.......

salam suma......

10% kemasukan pelajar non bumi ke uitm..... banyak sungguh polemik yg melanda.... ada yg sungguh emosi mengaitkan nyer dgn sentimen politik... apa kata kita tinggalkan politik ke tepi n renungkan luahan hati sorang yg bergelar bekas penuntut UiTM Shah Alam. sudah hampir 5 tahun UiTM ku tinggalkan segala pendidikan, pengalaman bergelar penuntut universiti bumiputra yg terulung masih kekal dalam ingatan. sedih dgn segala tomahan, kritikan dan cacian yg di lemparkan kepada kami semua yg pernah bergelar penuntut UiTM namun bangga dgn MPP dan Naib Canselor yg bangkit mempertahankan universiti kesayangan kami..... benarkah kami tidak berdaya saing, mundur dan bersikap perkauman???? yg pasti mereka yg membuat tuduhan tersebut bukanlah pelajar UiTM hanya melihat dari sudut luaran trus membuat kesimpulan.

aku merupakan pelajar Fakulti Perhotelan & Perlancongan. Fakulti ini telah wujud sejak tahun 70an lagi.....masih lagi terngiang-ngiang lagi kata2 sesetengah pihak yg mengaitkan jurusan ini sebagai kelas kedua dan not a profesional course... masa telah membuktikan segala nya... kini jurusan ini adalah antara yg menjadi rebutan gara-gara peluang pekerjaan yg membawa mereka ke seantero dunia dgn gaji yg lumayan. dulu sewaktu aku mula memohan utk memasuki jurusan ini selain UiTM, hanya ada 2 lagi kolej swasta yg menawarkan jurusan perhotelan itu pun dgn yuran tahunan yg mencecah ratusan ribu ringgit..... kini jurusan perhotelan ada di setiap kolej swasta berikutan permintaan yg tinggi dan satu yg amat membanggakan rata-rata pensyarah di kolej berkenaan adalah bekas penuntut UiTM. cuba anda bayangkan jasa UiTM dalam melahirkan bumiputra berkaliber memenuhi prospek kerjaya masakini...... dan bayangkan apabila kuota 10% itu diberikan kepada bukan bumi...... bagaimana mahu mengangkat dan memartabatkan ekonomi orang melayu... untuk apa menafikan hak kita sebagai bumiputra......


UiTM membawa kami ke mata dunia.....melalui UiTM kami para penuntut berpeluang menyertai segala pertandingan, pameran, seminar di peringkat antarbangsa. Kami bangga mewakili UiTM dan Malaysia seterusnya memastikan setiap pertandingan yg disertai ....dimenangi. Bagi penuntut jurusan perhotelan antara pertandingan yg disertai adalah Johan Kemahiran Malaysia, Malaysian Culinaire, Penang Culinaire dan pemenang pertandingan ini akan mewakili negara ke Junior World Skills Competition dan ASEAN Skills Competition.... mungkin anda bukan penuntut UiTM namun mungkin suatu hari anda akan merasa bangga apabila anak,cucu, cicit atau keturunan anda mejadi sebahagian daripada kami dan sekaligus mengharumkan nama Malaysia melalui UiTM... jangan memyempitkan peluang darah daging anda untuk bergelar mahasiswa.....


Akhir kata fikir-fikirkan lah jangan mengadai masa depan bangsa demi kepentingan orang lain..........


2 comments:

seri said...

Alhamdullillah amsih ada UITM grad yang rasa sayang sangat UITM sebagai harapan kepada Melayu mendapat kemahiran profesional dalam pelbagai bidang... yang tidak rela membiarkan kaum lain begitu mudah mendapat tempat di situ... tahniah; semoga UITM terus hidup untuk Melayu

ezham-aida said...

thank you kak seri.... nilah semangat yg kami harapkan agar perjuangan bangsa melayu n kaum bumiputra untuk mempertahankan hak kita... hanya UiTM sahaja lah harta warisan kita utk diwarisi kepada generasi akan datang....